COVID-19: Pintu sempadan Wang Kelian, Padang Besar-Wang Prachan, dibuka empat jam sehari

oleh SALINA JALIL|
Pintu sempadan di Wang Kelian, Padang Besar-Wang Prachan, Thailand hanya akan dibuka selama empat jam khusus kepada 50 orang warga Thailand sahaja sehari untuk kembali ke negara mereka bermula semalam.


Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar Deputi Superintendan Shahrim Azhar berkata, pintu sempadan akan dibuka bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari hingga ke satu tarikh yang dimaklumkan kemudian.


Menurutnya, pihaknya bersama agensi penguatkuasaan lain hanya membenarkan warga Thailand yang menetap di Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah melalui pintu sempadan berkenaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Setakat 12.45 tengah hari ini, hanya 23 orang sahaja yang melaluinya manakala selebihnya kita tidak dimaklumkan oleh pihak kedutaan Thailand mahupun Konsulat Thailand di Pulau Pinang.

 

“Sekiranya nama mereka (warga Thailand) tiada didaftarkan dalam rekod kedutaan Thailand, mereka tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

 

“Sebaiknya warga Thailand yang mahu pulang sila rujuk terlebih dahulu dengan pihak kedutaan,” katanya ketika ditemui di Wang Kelian hari ini.

 

Mengulas lanjut, Shahrim berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tempoh masa pelaksanaan proses penghantaran pulang rakyat negara itu akan dijalankan antara kedua buah negara.

 

“Bagaimanapun, mereka diingatkan untuk mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang berada di Kompleks Imigresen, Kastam, Keselamatan dan Kuarantin (ICQS) selama proses itu berlangsung.

 

“Mereka akan disaring terlebih dahulu di Thailand selain dibenarkan masuk selepas memiliki kesemua dokumen yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Thailand,” katanya.

 

Bermula semalam, empat pintu sempadan Thailand-Malaysia dibuka semula dan dijangka lebih 8,000 warga Thailand yang terkandas di Malaysia akan pulang secara berperingkat ke kampung halaman masing-masing.

 

Antara yang terkandas sejak 23 Mac lalu, berikutan kesemua sembilan pintu sempadan Thailand-Malaysia ditutup termasuk pekerja kedai makan, nelayan, penoreh getah, pekerja ladang sawit, pelajar dan mereka yang melawat saudara di Malaysia.

 

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…