COVID-19 - Perodua tangguh semua operasi bermula 18-31 Mac

oleh Mohamad Hanif|
Perodua dalam satu siaran media mengesahkan langkah penangguhan semua operasi di ibu pejabat, fasiliti pengeluaran, pusat jualan dan servis, serta pusat badan & cat di seluruh negara bermula 18 Mac seingga 31 Mac 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hal ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani pandemik COVID-19 yang menular di seluruh negara. 

Sehubungan dengan itu, proses penghantaran kenderaan baharu, servis, perkhidmatan badan dan cat akan beroperasi semula selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, atau tertakluk kepada sebarang pengumuman baharu daripada pihak kerajaan. 

Perodua juga akan mengambil langkah menghubungi pelanggan-pelanggan sekiranya perlu untuk memberikan penjelasan dan makluman lanjut. 

Jika ada sebarang pertanyaan, rakyat Malaysia boleh menghubungi talian bebas tol Perodua Auto Assist 24 jam 7 hari seminggu di 1-800-88-5555.

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…