COVID-19: Perodua kurangkan target jualan tahunan 15 peratus

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar kereta nasional kedua, Perodua yakin kesan yang ditinggalkan oleh pandemik COVID-19 tidak akan menjejaskan prestasi penjualan kenderaan untuk tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, Perodua menjangkakan penurunan maksimum sebanyak 15 peratus daripada jumlah target asal seperti yang diumumkan pada awal tahun lalu, iaitu sebanyak 240,000 unit kepada 210,000 unit.

Hal ini didedahkan sendiri oleh Presiden dan CEO Perodua, Datuk Zainal Abidin semalam di Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii).

Beliau berkata, "adalah sukar untuk kami mencapai target asal disebabkan tempoh tiga bulan tanpa sebarang penjualan kenderaan (Mac-Mei 2020). Namun, tempahan yang diterima daripada pembeli amatlah menggalakkan pada ketika ini.

Tambah beliau lagi, hal ini dibantu dengan pengumuman pengecualian cukai yang diumumkan oleh kerajaan bagi merancakkan lagi industri ekonomi negara.

Sehingga kini, tempoh menunggu untuk sesebuah kenderaan Perodua adalah lebih daripada dua bulan, namun Perodua akan berusaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat itu.

Dari segi produksi, perancangan asal Perodua dari Ogos-Disember adalah untuk menghasilkan kira-kira 25,000 unit sebulan secara purata, dan ini merangkumi 98-99 peratus daripada kapasiti kilang Perodua.

 


Dalam masa yang sama, Perodua juga yakin kadar penjualan kenderaannya tidak terjejas meskipun terdapat peningkatan kadar pengangguran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Tambah beliau lagi, berdasarkan kajian menyeluruh yang dijalankan terhadap industri-industri di Malaysia termasuklah industri pembuatan, makanan dan sebagainya, ada di antaranya terkesan sebanyak 15-30 peratus manakala sektor kerajaan pula kekal tidak terjejas.

"Daripada situ, kami dapat melihat kadar taburan model-model kami (Axia, Bezza dan Myvi) berdasarkan industri, dan kami yakin mampu mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…