COVID-19: Perkhidmatan dibenar operasi sekiranya berada dalam zon hijau sahaja  - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Kebenaran yang diberikan kepada enam sektor ekonomi, kedai dobi dan kedai gunting rambut untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah hanya untuk premis yang berada di dalam zon hijau di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini diterangkan oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pagi tadi berkata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Wan Junaidi turut berkata senarai industri dan perniagaan itu dipilih oleh komiti khas Kabinet yang ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet dua minggu lalu.

Komiti khas itu telah mengkaji kemampuan beberapa sektor itu untuk memulakan operasi perniagaan mereka tetapi hanya jika ia berada di dalam zon hijau yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

"Ia bukan untuk seluruh negara sebenarnya," sambung beliau lagi.

Ada lebih kurang 29 daerah di seluruh Malaysia yang berada di dalam zon hijau dan tidak ada kes COVID-19 dilaporkan di kawasan itu sejak 11 April.

Komiti itu juga membuat kajian bahawa sekiranya perniagaan tidak dibenarkan beroperasi, kadar pengangguran dan syarikat gulung tikar akan meningkat dengan banyaknya.

* Sumber dari Malay Mail

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…