COVID-19: Penutupan sementara Puspakom Bangi bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Puspakom telah mengambil langkah menutup cawangan Puspakom Bangi di Selangor serta merta dan tiada operasi mulai Khamis, 4 Februari 2021 bagi melakukan proses sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh.


Langkah ini diambil berikutan seorang kakitangan Puspakom Bangi telah disahkan positif COVID-19 dan proses pengesanan kontak juga sedang dijalankan.


Semua kakitangan cawangan juga akan menjalani ujian saringan Covid-19, sementara mereka yang berhubung secara langsung dengan kakitangan tersebut telah diarahkan untuk menjalani kuaratin selama 14 hari.

 

Pembukaan semula Puspakom Bangi akan dimaklumkan kelak. Bagi pelanggan yang mempunyai temujanji di Puspakom Bangi, semua bayaran temujanji pemeriksaan yang telah dibuat akan dipulangkan secara automatik.

 


Sebagai alternatif, pelanggan yang telah membuat temujanji lain secara walk-in dengan pembayaran secara tunai di cawangan seperti berikut:

 

cawangan


Pelanggan perlu membawa slip pengesahan temujanji PUSPAKOM Bangi semasa hadir ke cawangan alternatif.
 

 

Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada pelanggan dari semasa ke semasa melalui Facebook rasmi Puspakom.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemilik yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir terus ke mana-mana cawangan PUSPAKOM…
Berita Domestik
Oleh itu, perkhidmatan pemeriksaan berkala itu akan dibuka kepada pihak yang berkelayakan serta…
Berita Domestik
  "Tapi dalam simposium yang dihadiri lebih 40 persatuan pada 12 Mac lalu, hasrat itu disuarakan…