COVID-19 - Penumpang MRT pada 27 Mei disaran buat ujian saringan

oleh SALINA JALIL|
Para penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang pada petang 27 Mei lepas, disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19 susulan seorang penumpang disahkan positif COVID-19.


Prasarana dalam satu kenyataan hari ini memberitahu saranan Rapid KL itu dikeluarkan susulan permohonan maaf dan pengakuan penumpang tren berkenaan bernama Hanim Azman menerusi akaun Twitternya bahawa beliau positif COVID-19 ketika menaiki tren MRT pada waktu itu.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Sesiapa yang menaiki MRT dari stesen Bukit Bintang ke Kajang pada 27 Mei (6.40 petang) dan KTM (Komuter) dari Kajang ke Seremban (7.26 malam), jika anda mengalami gejala COVID-19, diminta membuat ujian saringan segera kerana ujian calitan saya adalah positif. Saya mohon maaf," kata wanita itu dalam akaun Twitternya.

 

 

- BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang…
Informasi
Menurut Prasarana, operasi waktu puncak pagi akan ditambah 30 minit iaitu bermula jam 6.30 pagi…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…