COVID-19: Penumpang bas masih perlu dijarakkan!

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan masih tidak membenarkan bas beroperasi dengan kapasiti penuh kerana bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakan sosial yang ditetapkan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika bas dibenarkan membawa penumpang dengan kapasiti penuh, SOP penjarakan sosial itu tidak dipatuhi.
Modenas

 

"Lebih-lebih lagi, ketika ini siapa yang menaiki bas, kita tidak tetapkan maklumat mereka. Jadi, jika berlaku jangkitan dalam kalangan penumpang, nanti sukar untuk kita mengesan kontak.

 

"Pada masa ini, kita masih lagi tidak membenarkan bas membawa penumpang dengan kapasiti penuh," katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian ditanya mengenai permohonan persatuan bas yang meminta kebenaran beroperasi semula dengan kapasiti penuh penumpang selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan pada Rabu nanti.

 

 

 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Katanya, sepanjang tempoh PKP ini, pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing dibenarkan…
Berita Global
    Syarikat bas Go-Ahead, bersetuju meminjamkannya bas bagi membantu memindahkan pesakit,…
Informasi
  Katanya. sebelum ini hanya penumpang dari luar Kedah sahaja yang diwajibkan mengemukakan surat…