COVID-19: Pengusaha stesen petrol risau tidak mampu beli bekalan bahan api selepas tamat PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) memberi amaran bahawa kemungkinan ada stesen petrol yang tidak mempunyai bekalan bahan api itu selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya pihak kerajaan tidak menghentikan kawalan harga mingguan seperti sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut presidennya, Khairul Annuar Abdul Aziz, ramai pemilik stesen itu mungkin tidak mempunyai kewangan yang mencukupi jika keperluan bahan api naik mendadak selepas PKP.

Kejatuhan harga bahan api serta penurunan jualan sehingga 70 peratus sejak PKP memberikan impak negatif kepada ahli-ahli persatuan tersebut.

Khairul juga mendakwa ramai pemilik stesen membeli bekalan bahan api mereka sebelum harga jatuh merudum, bermakna mereka rugi untuk setiap liter terjual.

Oleh kerana jualan yang merosot ketika PKP, bekalan mereka juga lambat untuk habis.

Khairul menerangkan bahawa setiap stesen petrol memerlukan antara RM150,000 hingga RM250,000 untuk membeli bekalan bahan api mereka.

Tanpa modal yang mencukupi, sukar untuk mereka membeli stok baharu jika keperluan meningkat.

"Sekiranya harga bahan api ditetapkan untuk satu tempoh dan bukan berubah mengikut harga mingguan, ia mampu menyelamatkan kami dan juga industri minyak dan gas," kata Khairul kepada FMT.

Khairul merumuskan bahawa industri minyak dan gas akan bergantung banyak kepada penjual bahan api di stesen petrol kerana industri penerbangan yang menjadi pelanggan utama mereka kini dalam kemerosotan kerana tidak boleh terbang.

* Laporan dari FMT

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…