COVID-19: Pengusaha bas Terengganu henti perkhidmatan bas sepanjang PKP

oleh SALINA JALIL|
Pengusaha bas di Terengganu memutuskan untuk tidak beroperasi, walaupun kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.


Berdasarkan notis ditampal pada pintu kaunter jualan tiket, perkhidmatan pengangkutan awam termasuk bas ekspres hanya akan beroperasi pada 15 April ini selepas dihentikan secara berperingkat mulai 18 Mac lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kelonggaran kepada syarikat pengangkutan awam beroperasi bermula daripada jam 6 hingga 10 pagi dan jam 5 petang hingga 10 malam diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Aabri Yaakob, Selasa lalu.

 

Tinjauan di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) hari ini mendapati suasana lenggang dan semua kaunter jualan tiket masih ditutup.

 

Tinjauan juga mendapati hanya beberapa kereta sewa beroperasi di hentian bas MBKT, berbanding kebiasaannya antara 50 dan 70 sebelum PKP dikuatkuasakan.

 

Selain itu, perkhidmatan bas henti-henti dan perjalanan jarak sederhana termasuk perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jertih, Dungun serta Kemaman belum beroperasi.

 

Seorang kakitangan syarikat bas yang enggan namanya disiarkan menjelaskan, syarikat pengangkutan awam itu akan beroperasi semula pada 15 April ini.

 

Bagaimanapun, ia bergantung kepada keputusan PKP akan diumumkan kerajaan.

 

“Jika kerajaan memutuskan melanjutkan perintah PKP, kami akan akur demi keselamatan penumpang,” katanya.

 

Ketika mengulas mengenai perjalanan bas jarak sederhana, katanya, ketiadaan penumpang menyebabkan pengusaha bas belum meneruskan operasi.

 

Menurutnya, jika diikutkan kelonggaran masa iaitu daripada jam 6 hingga 10 pagi, bas jarak sederhana iaitu ke Dungun, Besut dan Kemaman sudah boleh beroperasi.

 

“Begitu juga dengan kelonggaran masa selama tujuh jam iaitu bermula daripada jam 5 petang hingga 10 malam, bas ekspres mampu untuk beroperasi perjalanan ke Kuantan, Kota Bharu, Rantau Panjang dan Tanah Merah, Kelantan.

 

“Tetapi kebanyakan pengusaha bas di negeri ini tidak mahu menanggung risiko kerugian disebabkan ketiadaan penumpang,” katanya.

 

 

 

MH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…