COVID-19: Penggabungan MAS dan Air Asia antara salah satu pilihan untuk keduanya terus beroperasi - Menteri

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggabungan Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) dengan penerbangan tambang rendah AirAsia adalah salah satu pilihan untuk menyelamatkan kedua-dua syarikat penerbangan yang terkesan akibat penurunan industri itu kerana COVID-19.
Modenas

Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian di dalam wawancara beliau bersama agensi berita dunia Reuters hari ini.

Azmin berkata pihak kementerian sedang menimbangkan potensi pelbagai cara lain untuk membantu industri penerbangan negara setelah banyak destinasi-destinasi mengenakan kawalan ketat terhadap perjalanan melalui udara akibat wabak coronavirus.

"Pilihan itu pernah dicadangkan tahun lalu pun dan sekarang kita perlu menyambung perbincangan mengenainya," ujar Azmin.

Kerajaan Malaysia sudah sekian tahun mencari rakan strategik untuk MAB setelah prestasinya merudum selepas tragedi MH370 dan MH17 dalam tahun 2014.

Sebelum COVID-19, AirAsia dan Japan Airlines menunjukan minat untuk membeli saham MAB. 

Awal bulan ini, pemegang saham MAB, Golden Skies Ventures menawarkan US$2.5 bilion untuk mengambil alih sepenuhnya syarikat MAB.

AirAsia pula melaporkan ia tidak mempunyai pendapatan kerana 96 peratus dari pesawatnya tidak beroperasi ketika PKP.

AirAsia juga mengumumkan bahawa penerbangan domestik mereka (Malaysia) akan bermula pada 29 April sementara penerbangan ke Thailand dan Filipina pada 1 Mei, India pada 4 Mei dan Indonesia bermula pada 7 Mei - semuanya masih bergantung kepada kelulusan pihak kerajaan negara-negara terbabit.

* Laporan asal dari Reuters


 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.   "Mesyuarat…
Informasi
  Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (…
Informasi
  "Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang…