COVID-19 - Pengeluar automotif UK sedia bantu produksi ventilator di kilang masing-masing

oleh Mohamad Hanif|
Di UK, terdapat tiga pengeluar automotif yang memiliki operasi produksi telah mengesahkan akan membantu kerajaan untuk membina alat ventilator perubatan yang diperlukan untuk pesakit coronavirus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock memberitahu BBC bahawa beberapa syarikat besar termasuklah firma kejuruteraan dan syarikat automotif telah dihubungi untuk membina ventilator, sejenis alat bantuan pernafasan. 

Vauxhall dalam satu kenyataan memberitahu, "kami telah pun berhubung dengan kerajaan UK berkenaan soal ini, dan sedia untuk menawarkan kapasiti di fasiliti Ellesmere Port. 

Selain daripada Vauxhall, Toyota dan Honda juga turut berbesar hati untuk membantu kerajaan UK menghasilkan peralatan yang diperlukan melihatkan kepada peningkatan jumlah pesakit yang semakin membimbangkan. 

Setakat ini, UK mempunyai kira-kira 5,000 unit ventilator perubatan namun dengan keadaan semasa, angka yang diperlukan mungkin lebih tinggi. 

"Kami mahukan mana-mana syarikat yang mempunyai keupayaan pembuatan untuk mula memproduksikan komponen (ventilator), bukan sahaja untuk kapasiti di UK, malah di tempat-tempat lain yang memerlukan," ujar Hancock lagi. 

Sumber: AutoExpress UK

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…