COVID-19: Penerbangan dari Labuan, KL - Miri dikurangkan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Sarawak memutuskan untuk mengurangkan penerbangan dari Kuala Lumpur-Miri-Kuala Lumpur dua kali seminggu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini menetapkan dua penerbangan itu ialah pada Khamis dan Ahad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“JPBN juga menetapkan bilangan penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan kepada tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Khamis dan Sabtu sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP,” katanya.

 

Beliau yang mewakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

 

Selain itu, JPBN juga memutuskan semua kilang pemprosesan rumbia di negeri ini dibenarkan beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 7 malam.

 

Keputusan itu menyusul selepas kebenaran diberikan kepada kedai kelengkapan logam, kedai input pertanian dan kedai alat ganti jentera pertanian untuk beroperasi dua kali seminggu pada mesyuarat Ahad lalu.

 

Semalam pula, JPBN membenarkan bengkel kereta dan motosikal, kedai alat ganti kenderaan, tayar dan bateri beroperasi dua hari seminggu iaitu pada Selasa dan Khamis bermula jam 7 pagi hingga 7 malam.

 

Sementara itu, Abdul Karim berkata, seramai 285 rakyat Sarawak yang pulang dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan kini ditempatkan di pusat kuarantin sejak Ahad lalu.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara ini disebabkan oleh letusan gunung berapi yang berlaku di Gunung Ruang, Indonesia.…
Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…