COVID-19: Pemandu tanpa MyKad maki polis ditahan

oleh SALINA JALIL|
Padah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun pegawai polis, seorang lelaki ditahan dalam sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Jalan Raya Syed Alwi, Kangar semalam.


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian jam 10.45 pagi, lelaki berusia 30 tahun itu pada awalnya ditahan kerana tidak membawa MyKad ketika memandu kereta Toyota Vios miliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, bagaimanapun dia secara tiba-tiba berang dan mengeluarkan perkataan kesat apabila seorang daripada pegawai kanan polis bertanyakan padanya mengenai pelekat satu pertubuhan yang ditampal pada cermin keretanya.

 

“Suspek mempersoalkan tindakan pegawai kanan berkenaan yang bertanyakan kepadanya dan meminta pegawai terbabit untuk tidak mencampuri urusannya.

 

“Malah dia juga dengan biadap mengeluarkan perkataan ‘babi’ dan bersikap agresif kepada pegawai berkenaan sehingga memaksa pihak kami menahannya,” katanya ketika dihubungi.

 

Wari berkata, pemeriksaan ke atas kereta yang dipandu suspek tidak menemui sebarang peralatan yang terlarang dan membahayakan.

 

“Hasil pemeriksaan rekod lampau mendapati suspek memiliki tiga rekod jenayah berkaitan dadah dan pergaduhan serta sudah menjalani hukuman bagi kesalahan berkaitan dadah.

 

“Dia kini ditahan bagi membantu siasatan kerana tindakannya yang menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas serta mengeluarkan kata-kata jelek terhadap polis,” katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 manakala suspek akan direman esok.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…