COVID-19: Pemandu mabuk langgar sekatan jalan raya

oleh SALINA JALIL|
Tindakan seorang lelaki memandu dalam keadaan mabuk hingga melanggar sekatan jalan raya Op Covid-19 di Kilometer 0.3, Lebuhraya Sprint menghala Plaza Tol Damansara, di Petaling Jaya, semalam, mengundang padah apabila dia ditahan polis.


Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 33 tahun itu yang memandu kereta Nissan Almerea memandu secara melulu dan melanggar sekatan jalan raya di lokasi berkenaan jam 9.15 malam tadi.

 

“Dalam tangkapan pertama jam 12.30 tengah hari, kami menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 27 tahun di sekatan jalan raya di Lebuhraya Sprint Damansara kerana gagal memberikan alasan munasabah mengenai pergerakannya.

 

“Pada waktu sama, kami turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 37 tahun di Jalan PJU 3/15 Kota Damansara kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu dan gagal memberikan alasan munasabah,” katanya.

 

Beliau berkata, pihaknya menahan dua lelaki masing-masing berusia 50 dan 58 tahun di hadapan sebuah premis di Sungai Way kerana melepak.

 

“Kami turut menahan dua lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 21 hingga 49 tahun di sebuah blok apartmen di Damansara kerana berkumpul.

 

“Polis juga menahan empat lelaki berusia antara 23 hingga 34 tahun di lorong belakang Jalan PJS 8/2 Sunway Mentari Sungai Way kerana berkumpul,” katanya.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

 

 

 

HM

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Thailand mencatatkan rekod sebagai negara pertama yang berjaya menganjurkan pameran automotif…
Berita Global
Hal ini disahkan kepada WOSU oleh salah seorang pekerja Honda yang diminta untuk melakukan kerja-…
Informasi
“Sumbangan Perodua ini merupakan tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah…