COVID-19: Pemandu ambulan Riau dituduh curi topeng muka untuk dijual 

oleh HEZERI SAMSURI|
Seorang pemandu ambulan di daerah Tenayan Raya, Pekanbaru, Riau telah ditahan atas tuduhan mencuri topeng muka yang dikhaskan untuk pusat kesihatan masyarakat (Puskesmas).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut polis, pemandu yang dikenali sebagai N itu ditugaskan untuk mengambil sekotak penuh berisi 1,000 keping topeng muka bagi dihantar ke Puskesmas Tenayan Raya.

Namun begitu beliau membawa kotak itu balik dan dijual secara atas talian dengan harga yang tinggi.

Ketua polis Tenayan Raya, Hanafi Tanjung berkata jumlah keseluruhan jualan topeng itu ialah Rp 5 juta (RM1,325).

Polis merampas wang tersebut termasuk sebuah henfon dan sebuahh motosikal untuk dijadikan bahan bukti.

* Laporan dan gambar utama dari Jakarta Post

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…