COVID-19: Pekerja boleh ulang-alik ke Singapura

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat berulang-alik ke Singapura bagi urusan pekerjaan, selepas mengambil maklum pembukaan semula ekonomi di republik berkenaan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Malaysia juga bersedia untuk menjalankan ujian COVID-19, jika diperlukan kerajaan Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura sudah bermula operasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka yang berwarganegara Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.

 

"Jadi, mesyuarat khas bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19, jika diperlukan negara berkenaan," katanya.

 

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Sultan Ibrahim dan syarikat swasta Singapura, Thompson Medical Group yang menyumbang dua makmal ujian saringan bergerak dan kit ujian COVID-19.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
Selain itu juga, penutupan jejantas itu juga adalah untuk memberi laluan kepada kerja naiktaraf…
Berita Domestik
Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, pihaknya telah menyita anggaran 425 liter minyak…
Berita Domestik
"Tiga inisiatif baharu itu pula membabitkan tambahan 77 MBIKE (Sistem Kawalan Sempadan Automatik)…