COVID-19: Pasaran kereta terpakai meningkat 100 peratus!

oleh Mohamad Hanif|
sumber imej: Money Compass
Selain daripada pembentangan laporan penjualan kenderaan untuk separuh pertama tahun 2020, MAA dalam masa yang sama turut menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan oleh media.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika ditanya berkenaan industri kenderaan terpakai, Datuk Aishah Ahmad selaku Presiden Persatuan Automotif Malaysia berkata, terdapat peningkatan jualan kereta terpakai sebanyak 100 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Keadaan ini adalah disebabkan orang ramai masih lagi keberatan untuk menggunakan sistem pengangkutan awam dan lebih senang untuk menaiki kenderaan sendiri.

"Kenderaan di bawah nilai RM30,000 mencatatkan peningkatan yang sangat baik, di mana persatuan pengedar kenderaan terpakai juga turut terkejut dengan permintaan terhadap industri tersebut," ujar beliau lagi.

Menjelang tarikh akhir moratorium pinjaman, pihak MAA juga menjangkakan terdapat kesan terhadap kadar penjualan kereta selepas September ini, terutama kenderaan berharga rendah.

"Ia bergantung kepada kategori kenderaan, saya fikir kenderaan premium tidak akan terjejas di mana golongan tersebut masih lagi mempunyai wang," tambah beliau.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…