COVID-19: Pasar pandu lalu melegakan penduduk Jempol

oleh SALINA JALIL|
Pasar Segar Terkawal (PST) yang diadakan secara pandu lalu di Pasar Tani Kekal Bandar Seri Jempol memberi manfaat kepada penduduk sekitar.


PST yang diadakan setiap Selasa dan Jumaat bermula 7 April lalu berikutan hasrat kerajaan mahu membantu golongan petani dan penternak serta masyarakat setempat menjual dan membeli barang keperluan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dilaksanakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol (MPJL), Raja Norazli Raja Nordin berkata berdasarkan rekod ketika PST dibuka pada Selasa lalu, sebanyak 210 kereta dan 55 motosikal menggunakan perkhidmatan pandu lalu berkenaan.

 

“Semalam (Jumaat), sebanyak 200 pemandu kereta dan 22 penunggang motosikal menggunakan perkhidmatan pandu lalu yang diperkenal bagi menjaga penjarakan sosial,” katanya.

 

Raja Norazli berkata pelbagai barang keperluan antaranya ayam, daging, ikan, sayur, buah-buahan dan barang runcit dijual di PST yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

 

Katanya hasil jualan diperoleh peniaga pada Selasa lalu berjumlah RM15,375 manakala pada Jumaat pula, RM18,924 jualan diraih peniaga PST.

 

“Harga jualan oleh peniaga PST dikelolakan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) lebih murah berbanding harga di tempat lain,” katanya.

 

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…