COVID-19: Operasi imigresen Tambak Johor dipendekkan

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan mengambil keputusan untuk mengehadkan operasi Jabatan Imigresen Malaysia dan agensi-agensi berkaitan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (Laluan Kedua) berkuatkuasa Jumaat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masa operasi di Bangunan Sultan Iskandar dipendekkan daripada 24 jam sebelum ini kepada 7 pagi hingga 7 petang bagi pergerakan keluar masuk rakyat Malaysia dan kenderaan komersial seperti lori serta kargo.

 

"Bagi Kompleks Sultan Abu Bakar, operasi berjalan seperti biasa iaitu 24 jam termasuk kenderaan komersial seperti lori dan kargo.

 

"Ini supaya kes-kes kecemasan dan keperluan perubatan tidak terjejas," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini semalam.

 

Beliau berkata, ramai yang melahirkan rasa bimbang dengan kemasukan besar-besaran rakyat Malaysia dari Singapura tetapi perkara tersebut setakat hari ini tidak berlaku.

 

"Saya ingin maklumkan daripada laporan imigresen, kemasukan rakyat Malaysia dari Singapura masih belum berlaku. Berdasarkan jumlah kemasukan hanya sekitar 400 orang.

 

"Sebagai contoh pada 18 April lalu, 648 orang tetapi 17 April turun kepada 246 orang. Pada 18 April turun menjadi 245 orang, 19 April naik kepada 604 orang dan 20 April menjadi 297 orang," katanya.

 

Jelasnya, sehingga kini kerajaan telah menyediakan 6,000 bilik bagi tujuan kuarantin wajib di 22 pusat kuarantin.

 

 

 

sumber: sinar harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…