COVID-19: NGO minta tangguh seret mereka yang ingkar PKP ke mahkamah

oleh HEZERI SAMSURI|
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) meminta semua pihak tidak melayan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penjenayah.

NGO itu berkata tindakan polis yang menangkap individu yang melanggar PKP adalah bercanggah dengan objektif untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Mereka digari bersama pesalah lain dan kemudian dilepaskan dengan ikat jamin atau dikenakan denda dan penjara. Ini tidak membantu dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak itu," ujar Proham.

Proham menggesa polis untuk tidak terlalu mudah menangkap mereka yang melanggar PKP.

Sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu. lebih dari 300 orang awam telah dibawa ke mahkamah kerana melanggar PKP.

Proham mencadangkan pesalah diberi kompaun dan sekiranya gagal dibayar, mereka akan dibawa ke mahkamah selepas PKP tamat.

Proham turut memuji usaha polis dan tentera atas khidmat mereka dalam operasi PKP dan menggesa orang ramai agar tidak melanggar perintah tersebut.

* Laporan asal dari Malaysia Kini

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…