Hamid berkata selain dari NGO, sektor swasta, agensi kerajaan dan jabatan serta kementerian juga sepatutnya meminta kebenaran dari MKN sebelum menjalankan sebarang aktiviti.
"Mana-mana individu yang mahu menjalankan kerja amal perlu meminta kebenaran dari MKN dan perlu mematuhi prosidur operasi standard (SOP) yang ditentukan," ujar beliau kepada pengamal media.
Hamid juga berkata tidak ada VIP yang diberi keistimewaan untuk bergerak bebas ketika PKP.
Ini merujuk kepada insiden di mana Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali yang dilihat makan beramai-ramai di sebuah majlis. Beliau bagaimanapun akan dipanggil oleh Polis Perak untuk siasatan lanjut.
Pada pendapat Careta, sebenarnya ada ramai lagi VIP yang "turun padang" membantu untuk menyebarkan bantuan di kala PKP ini.
Keberanian VIP-VIP ini untuk turun untuk membantu rakyat walaupun terpaksa mengambil risiko jangkitan wabak coronavirus ini adalah selari dengan tabiat semulajadi ahli politik di mana mereka kebal dan juga bebal.
* Artikel diasaskan dari laporan The Sun