COVID-19: Minyak pelincir percuma dari Petronas dalam program khusus untuk frontliners

oleh SALINA JALIL|
PETRONAS Dagangan Bhd (PDB), melalui anak syarikatnya, PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, mewujudkan bengkel mudah alih di beberapa hospital untuk memberikan perkhidmatan servis kereta kepada barisan hadapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Bermula dari Isnin lalu hingga 28 April ini, perkhidmatan itu ditawarkan di Hospital Sungai Buloh, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Azrul Osman Rani, berkata inisiatif itu sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Petronas untuk meringankan beban barisan hadapan dalam memerangi COVID-19, dan membantu mereka kekal selamat di jalan raya.

 

“Dalam tempoh ini, syarikat akan menawarkan pertukaran minyak pelincir Petronas Syntium percuma untuk enjin kereta, dilakukan oleh penyedia perkhidmatan yang dilantik, RessQ60min Powered by MyAssist.

 

“Perkhidmatan lain seperti menukar bateri, minyak atau penapis pendingin hawa dan pengelap juga disediakan yang akan dikenakan bayaran,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Azrul berkata, ia akan turut memperluaskan perkhidmatan yang sama di tiga cawangan AutoExpert di Sri Kembangan, Petaling Jaya dan Shah Alam untuk memberikan perkhidmatan kepada barisan hadapan penjagaan kesihatan yang berada dalam jarak 10 kilometer dari kawasan itu.

 

Beliau berkata, Petronas menghargai dedikasi dan pengorbanan barisan hadapan dalam tempoh mencabar ini.

 

“Kami mahu mereka selamat di jalan raya dan berasa yakin bahawa kereta mereka dijaga dengan baik ketika merawat pesakit,” katanya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi platform ini, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai produk premium mengikut jenis kenderaan…
Berita Domestik
Harga baharu bagi semua produk pelincir dijangka naik tujuh peratus (bergantung kepada produk).…
Informasi
  “Petronas sangat membantu di dalam pelan jangka panjang kami di bidang servis automotif. Jualan…