COVID-19 - Mercedes-Benz kini pengeluar peralatan perubatan!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pengeluar seperti Ford, GM, Toyota, FCA dan Magna, sebuah lagi pengeluar automotif tersohor dunia tampil menghulurkan tangan bagi membantu petugas kesihatan melawan penularan COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan bantuan pencetak tiga dimensi, Mercedes-Benz kini bersedia untuk menghasilkan keperluan para petugas kesihatan seperti pelindung muka sehinggalah kepada peralatan yang lebih kompleks seperti ventilator.

Menurut Jorg Burzer, salah seorang daripada lembaga pengurusan Mercedes-Benz AG berkata, "dengan kepakaran dan pengalaman di dalam teknologi pencetakan tiga dimensi, kami bersedia untuk membantu menghasilkan peranti perubatan yang diperlukan.

Mercedes-Benz walaubagaimanapun tidak menyebut secara spesifik komponen apakah yang bakal diproduksikan, namun mereka ada menyebut keupayaan untuk menghasilkan sehingga 150,000 komponen plastik dan juga logam menggunakan teknologi pencetakan tiga dimensi.

Sudah pasti ia tidak menjadi masalah bagi Mercedes-Benz untuk menghasilkan komponen-komponen seperti pakaian pelindung (PPE), alat bantuan pernafasan dan ventilator yang kini sangat diperlukan di mana-mana ekoran COVID-19.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…