COVID-19 - Mazda tangguh operasi di Jepun, Mexico, Thailand

oleh Mohamad Hanif|
Selepas Toyota, Mazda merupakan antara pengeluar automotif yang mengumumkan penangguhan sementara operasi pengeluaran akibat kekurangan permintaan dan bekalan di peringkat global.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam satu kenyataan, Mazda menangguhkan sementara operasi di dua kilang produksi selama 13 hari dan hanya akan beroperasi dalam dua shif selama lapan hari, antara 28 Mac sehingga 30 April.

Mazda berharap, kelompongan produksi ini mampu diatasi apabila operasi produksi bermula pada suku Julai-September nanti.

Selain daripada Jepun, Mazda turut menutup sementara kilang pemasangan selama 10 hari di Mexico bermula 25 Mac, dan kilang di Thailand bermula 30 Mac ini.

Kesan daripada penularan wabak pandemik COVID-19, banyak syarikat global telah menjalankan langkah-langkah bagi mengatasi kerugian, termasuklah pelaksanaan tempoh masa operasi terhad, menggantung perniagaan runcit dan menyekat beberapa aktiviti korporat.

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…