COVID-19: Mazda mahu pinjam ¥300 billion dari tiga bank besar Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Kesan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ini tidak dapat dinafikan memberikan impak yang sangat besar kepada kebanyakan industri, termasuklah industri automotif.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Syarikat besar seperti Ferrari sudah pun mengumumkan perancangan untuk menunda pelancaran beberapa model terbaharu, malah syarikat penyedia kereta sewa terbesar di Amerika, Hertz kini mencari jalan untuk mengelakkan daripada diisytihar bankrap.

Mazda juga di antara syarikat yang kini sedang mencari jalan keluar bagi menghadapi kesan yang ditinggalkan oleh COVID-19.

Menurut laporan daripada Reuters, pengeluar yang sinonim dengan imej Zoom-zoom itu sedang memohon pinjaman ¥300 billion (RM12.1 billion) daripada tiga bank gergasi Jepun, iaitu Mitsubishi UFJ Financial Group, Sumitomo Mitsui Financial Group, dan Mizuho Financial Group.

Namun, setakat artikel ini ditulis, wakil daripada Mazda serta wakil bank mega Jepun tampil memberikan komen berkenaan isu yang dibangkitkan ini.

Sama seperti pengeluar lain, Mazda turut menderita akibat penurunan jualan kenderaan sebelum wabak pandemik melanda dunia, malah Mazda turut diberitakan tidak akan memperkenalkan sebarang model baharu/model facelift dalam masa dua tahun akan datang.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
  Ia direalisasikan melalui Changan Mazda Automobile Co., Ltd., iaitu anak syarikat tempatan yang…
Berita Global
  Model istimewa ini ditawarkan dalam kedua-dua jenis bumbung lembut Roadster atau Roadster RF…
Berita Global
Sebagai contoh bahagian bawah bampar lebih rendah, rim baharu dan penawaran kulit merah baharu.…