COVID-19: Masuk Perlis, bukan semua kena kuarantin 14 hari (updated)

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan Perlis mengeluarkan siaran media mengatakan laporan di mana semua individu dari dalam dan luar negara yang memasuki negeri Perlis perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin kerajaan itu tidak benar.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut siaran media itu lagi, berita yang dilaporkan oleh Bernama dan Sinar Harian itu adalah tidak tepat.

Peraturan keperluan dikuarantinkan adalah tertakluk kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diselaraskan oleh Jabatan Kerajaan Negeri.

Kerajaan negeri itu berkata ia sentiasa peka dengan sebarang perubahan dasar dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM. 

Seramai 116 individu masih dikuarantin di tiga pusat kuarantin di negeri tersebut iaitu 49 orang ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian, 43 di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis dan bakinya di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (Kejururawatan), Kangar.

Premis menjual makanan pula dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam tetapi pemilik premis perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Aktiviti sukan dan rekreasi hanya dibenarkan di kawasan Trek Denai Larian, Pengkalan Assam, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Taman Bukit Lagi.

* Laporan asal dari Sinar Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…