COVID-19: Malaysia Airlines, Malindo tawar baucar perjalanan bagi pembatalan tiket

oleh SALINA JALIL|
Malaysia Airlines dan Malindo Air menawarkan baucar perjalanan kepada pelanggan susulan pembatalan tiket akibat penularan COVID-19.


Bagi Malaysia Airlines, fleksibiliti itu ditawarkan kepada pelanggan bagi tiket yang dibeli pada atau sebelum 10 April 2020 akan sah untuk penerbangan sehingga 30 Jun 2021.


“Semua tempahan semula dan permohonan untuk melanjutkan tarikh penerbangan perlu dibuat sehingga 31 Disember 2020,” katanya dalam satu kenyataan.
Modenas

 

Malaysia Airlines berkata, pelanggan juga boleh membuat perubahan tarikh penerbangan tanpa had dengan caj dikecualikan serta ditawarkan kelonggaran untuk menukar penerbangan ke destinasi baru.

 

“Pelanggan yang memiliki tiket yang sudah ditukar kepada baucar perjalanan, perlu menghubungi Pusat Panggilan Global Malaysia Airlines Global di 1-300-88-3000 (Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar negara) selewat-lewatnya pada 31 Disember 2020 untuk menempah semula tiket.

 

“Mereka juga boleh menghubungi ejen yang dilantik Malaysia Airlines bagi tiket yang ditempah menerusi agensi pelancongan.

 

“Jika anda tidak membuat permintaan penukaran tiket kepada baucar perjalanan, sila hantar permohonan menerusi borang Permintaan Bantuan dalam talian kami atau hubungi agensi pelancongan anda jika tempahan anda dibuat melalui ejen perjalanan,” katanya.

 

Malaysia Airlines berkata, perubahan penerbangan tanpa had dibenarkan dan semua bayaran dikecualikan, namun perbezaan tambang akan dikenakan jika ia lebih tinggi dari tiket asal.

 

“Tambang akan dinilai semula ketika tempahan semula dibuat. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan tiket, kami akan mengecualikan yuran pembatalan yang mana tertakluk kepada tiket boleh dan tidak boleh dikembalikan.

 

“Baucar perjalanan akan dikeluarkan untuk penerbangan berikutnya yang ditempah pada 31 Disember dan berakhir pada 30 Jun 2021,” katanya.

 

Sementara itu, Malindo Air berkata, syarikat penerbangan itu menawarkan baucar perjalanan yang sah sehingga enam bulan bagi tempoh penerbangan sehingga setahun daripada tarikh baucar berkenaan dikeluarkan.

 

Katanya, bagi perjalanan dari/ke Malaysia dan Australia, baucar perjalanan sah sehingga enam bulan bagi penerbangan sehingga setahun.

 

“Bagi penerbangan dari/ke India, Nepal, Indonesia, China dan Hong Kong, penebusan baucar mesti dilakukan dalam tempoh enam bulan dan tempoh perjalanan adalah sehingga 11 bulan dari tempoh baucar itu dikeluarkan.

 

Bagi pembatalan secara sukarela, Malindo Air berkata, pemulangan semula dalam bentuk bentuk baucar perjalanan adalah berdasarkan tiket asal termasuk jika penerbangan pesawat digantung atau dibatalkan.

 

“Bagi keterangan lanjut, pelanggan boleh layari www.malindoair.com, emel kepada Customer Care di [email protected] atau menghubungi Pusat Panggilan (60)3-7841 5388 dari jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya.

 

 

 

BH

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurut laman Pejabat Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (…
Informasi
  "Pengenalpastian secara digital ini akan membuka jalan untuk penumpang Malaysia Airlines yang…
Berita Domestik
Beliau berkata, pasukan itu ditubuhkan dua bulan lalu dan dianggotai 30 individu yang mempunyai…