COVID-19 - Magna cari makmal untuk uji alat pembasmi bakteria

oleh Mohamad Hanif|
Magna International sebagai salah sebuah syarikat pembekal pelbagai komponen automotif kini menyertai barisan pengeluar automotif yang sudi menghulurkan tangan bagi melawan penularan virus COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Magna International ingin menguji keberkesanan sebuah peranti pembasmi kuman yang digelar sebagai Puro bagi meringankan beban para pekerja baris hadapan di hospital.

Puro pada asalnya merupakan sebuah peranti mudah alih yang ringan dan direka untuk membasmi kuman bakteria, serta membuang bauan yang tidak menyenangkan daripada alat permainan kanak-kanak seperti patung, kereta mainan dan juga helmet.

Menurut Magna, mereka berharap agar Puro dapat membantu membasmi kuman pada topeng dan juga peralatan perlindungan, terutama di hospital yang mengalami kekurangan bekalan.

Untuk setiap 30 minit, sebuah unit Puro mampu membasmi bakteria sehingga 50 unit topeng muka pada satu-satu masa.

Keberkesanan Puro telah terbukti efektif apabila berjaya membasmi bakteria MRSA pada tahun 2012, dan Magna percaya ia juga mampu memberikan kesan yang sama terhadap COVID-19.

Sumber: Autoblog

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usaha sama ini dikenali sebagai LG Magna e-Powertrain yang akan dibentuk secara rasmi pada Julai…