COVID-19 - Litar Sepang rugi berjuta ringgit

oleh Mohamad Hanif|
Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang kini berhadapan dengan kerugian bernilai sehingga jutaan ringgit dalam masa beberapa bulan akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO SIC, Datuk Razlan Razali mendedahkan, mereka kini sudah pun kehilangan RM4 juta daripada pungutan yuran trek, setelah kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang turut merangkumi aktiviti sukan permotoran tiga minggu lalu. 

Selain menjadi tuan rumah kepada acara berprestij, Litar Antarabangsa Sepang juga turut menjadi lokasi acara pelancaran dan juga acara trackday. 

Antara acara yang turut dibatalkan pada bulan lalu termasuklah sesi ujian rasmi Asia GT, Malaysia Speed Festival dan Desmo Cup. 

"Sama seperti perniagaan lain, kami juga turut terkesan dengan COVID-19, di mana pungutan yuran trek merupakan sumber utama pendapatan kami.

"Kami menjangkakan kerugian yang lebih besar sekiranya situasi ini berterusan, dan hanya mampu berharap dan berdoa agar keadaan menjadi semakin baik untuk Malaysia dan juga di serata dunia. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar…
Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
MotorGP
"Patuhi arahan papan tanda di sepanjang jalan dan tidak berhenti atau menghalang laluan kenderaan…