COVID-19: Lima persatuan pengedar kenderaan hantar memorandum pada kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Lima persatuan pengedar kenderaan Malaysia telah menghantar satu memorandum kepada Kementerian Kewangan untuk meminta bantuan agar industri automotif itu tidak kecundang berikutan wabak pandemik coronavirus.

Ia terdiri dari jenama-jenama popular di Malaysia termasuk persatuan yang mewakili industri kenderaan terpakai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memorandum yang bertarikh 30 Mac itu dapat dilihat oleh Careta dan ia disokong oleh kelima-lima presiden persatuan tersebut:

1. Datuk Mahfoz Hamid – Pengerusi Persatuan Pengedar Honda Malaysia (HDAM)

2. Datuk Tony Khor - Presiden Persatuan Persekutuan Syarikat Motor dan Kredit Malaysia (FMCCAM)

3. Khairul Nizam Ayob - Presiden Persatuan Pengedar Perodua Malaysia (PDAM)

4. Liew Vee Lee - Presiden Persatuan Pengedar Proton (PEDA)

5. Simon Thong - Presiden Majlis Pengedar Toyota Malaysia


Enam pendekatan telah dicadangkan kepada Kementerian Kewangan untuk memastikan pengusaha-pengusaha ini terus kekal di dalam perniagaan mereka agar pendapatan negara dan paling penting, nasib pekerja-pekerja terjamin.

 

 

1. Pemberian Geran/Subsidi kepada Syarikat Pengeluar Kenderaan

Didakwa sebanyak 45 syarikat pembekal kenderaan akan terjejas dalam isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Pemberian geran atau subsidi akan dapat disalurkan terus kepada pengedar, pengusaha bengkel dan pusat servis serta vendor-vendor agar kitaran industri automotif terus berjalan.


2. Kenaikan fi pengendalian untuk pinjaman sewa beli dari syarikat kewangan

Sejak tahun 2000, Bank Negara telah memutuskan bahawa fi pengendalian atau "handling fees" untuk setiap pinjaman sewa beli dihadkan kepada RM600.

Memorandum ini mencadangkan fi itu dinaikkan kepada RM1,000 bagi membantu meringankan kos operasi yang sudah meningkat sejak sekian lama dan menampung kerugian sepanjang tempoh PKP. 


3. Pengecualian duti eksais hingga akhir 2020

Ia seterusnya mencadangkan agar kerajaan memberikan pengecualian duti eksais untuk industri automotif sehingga akhir tahun 2020.

Ini untuk mengelakan pendekatan tunggu dan lihat dari bakal pembeli selepas tamat tempoh PKP.
 

 

4. Pengecualian dan pengurangan KWSP. SOCSO, SIP dan HRDF

Memorandum itu juga mencadangkan agar caruman KWSP majikan dikurangkan dari 13 peratus kepada lima peratus sehingga akhir tahun 2020.

Ia turut mencadangkan pengecualian caruman SOCSO, SIP dan HRDF dari majikan dan pekerja sehingga penghujung tahun 2020.


5. Pengstrukturan semula pembiayaan perniagaan

Ia mencadangkan syarikat-syarikat yang menyusun semula pembayaran pinjaman tidak akan dikenakan penalti oleh institusi perbankan.

Pembayaran balik pinjaman syarikat (Pelunasan Bayaran Balik Pinjaman) yang dijadualkan semula dan ditangguhkan tanpa penalti selama enam bulan atau lebih.


6. Penyusunan semula Potongan Cukai Berjadual (PCB) dan Cukai Korporat

Bagi membantu syarikat kenderaan untuk menyuntik semula aliran tunai ke dalam pasaran, memorandum ini mencadangkan agar PCB bagi pembayar cukai individu dan pembayaran cukai korporat ditangguhkan untuk tempoh sekurang-kurangnya enam bulan.

 

Pihak Kementerian Kewangan nampaknya masih tidak mengumumkan apa-apa berkaitan bantuan untuk industri automotif negara.

Beberapa kajian penganalisa bersetuju bahawa industri ini bakal terjejas teruk selepas tempoh PKP dan ratusan ribu pekerja mungkin akan terjejas mata pencarian mereka.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…