COVID-19: Lima laluan ke pusat bandar Tawau ditutup

oleh SALINA JALIL|
Polis menutup semua lima laluan utama ke pusat bandar di sini bagi tempoh 24 jam sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula jam 2 petang ini susulan Tawau dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatatkan 67 kes positif COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata Tawau daerah pertama di Sabah yang dikategorikan sebagai kawasan Zon Merah dan penutupan laluan secara kekal itu bagi memastikan orang ramai tidak bergerak secara bebas sepanjang tempoh PKP.

 

 

Jelasnya, langkah itu juga bertujuan meningkatkan tahap pematuhan orang ramai terhadap Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (2020).

 

“Lima laluan masuk ke pusat bandar yang ditutup adalah Jalan Utara; simpang susur Jalan Salleh ke Jalan Dominic; Jalan Mawar (Lampu Isyarat Telekom); Jalan Kuhara (Lampu Isyarat Takada); dan Jalan Damai (Lampu Isyarat Jalan Damai).

 

dominic

 

“Turut ditutup adalah Jalan Apas arah masuk pusat bandar, bagaimanapun orang ramai masih boleh menggunakan lencongan ke Jalan Damai,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

 

Peter berkata, pihaknya turut membuat dua lagi penambahan sekatan jalan raya (SJR) menjadikan sembilan keseluruhannya melibatkan penugasan anggota daripada cawangan Pasukan Gerakan Am (PGA); Pasukan Polis Marin (PPM); SSPDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM); RELA; MPT; dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

 

jln damai

 

“Mohon kerjasama masyarakat Tawau untuk mematuhi PKP dan berwaspada di jalan-jalan yang ditutup dan SJR yang dilakukan,” katanya.

 

jln utara

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…