COVID-19: Lelaki mengamuk, enggan pakai topeng muka ditembak mati

oleh SALINA JALIL|
Polis Filipina dilaporkan menembak mati seorang lelaki yang tidak memakai topeng muka serta melakukan provokasi terhadap pihak berkuasa.


Presiden Rodrigo Duterte sebelum ini mengarahkan polis atau tentera menembak mati sesiapa sahaja yang melanggar perintah berkurung atau menimbulkan masalah ketika pandemik COVID-19.
Modenas

 

Media tempatan melaporkan, lelaki itu ditembak selepas mengamuk apabila diarahkan memakai topeng muka, sekali gus menjadi kes pertama tindakan seumpama itu oleh pihak berkuasa.

 

Lelaki berkenaan dipercayai berada dalam keadaan mabuk apabila menggunakan sabit di pekan Nasipit, selatan wilayah Agusan del Norte, semalam.

 

“Suspek diminta oleh petugas kesihatan daerah untuk menggunakan topeng muka, namun dia mula menjadi marah dan melemparkan kata-kata kesat sebelum cuba menyerang pegawai terbabit menggunakan sebilah sabit,” kata polis.

 

Kerajaan Filipina pada Khamis lalu mengarahkan semua rakyat menggunakan topeng muka setiap kali berada di luar rumah sepanjang tempoh perintah berkurung.

 

“Biar saya ulang - jika anda perlu berada di luar rumah, anda perlu menggunakan topeng muka,” kata pegawai kerajaan, Karlo Nograles.

 

Beliau menjelaskan, ia tidak semestinya topeng pembedahan tetapi mencakupi sebarang jenis penutup hidung dan mulut, termasuk yang diperbuat daripada kain atau dihasilkan sendiri.

 

Filipina merekodkan lebih 3,000 kes positif COVID-19 dan 144 kematian, setakat ini.

 

 

sumber: The Star

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumpulan dana ini dibuat setelah Nissan mencatatkan kerugian terbesar dalam tempoh 20 tahun,…
Berita Domestik
Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata Prosedur Operasi Standard (SOP) di daerah…
Berita Global
Kira-kira 50 penjual dan pelanggan di Pasar Maron semalam bergilir-gilir duduk dalam kenderaan itu…