COVID-19: Latihan pra-musim MotoGP 2021 di SIC dibatalkan!

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia, beberapa acara yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa dibatalkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, FIM, IRTA dan Dorna Sports secara rasmi mengumumkan pembatalan dua acara iaitu Sepang Shakedown 2021 serta latihan pra-musim MotoGP 2021.

Latihan pra-musim tersebut sepatutnya menjadi acara pertama yang dianjurkan di luar benua Eropah semenjak Februari tahun lalu.

Menurut kenyataan daripada Dorna, "wabak pandemik COVID-19 yang masih belum reda, serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan pembatalan kedua-dua acara yang sepatutnya berlangsung di SIC pada Februari ini.

"Latihan di Qatar (Losail International Circuit) yang akan berlangsung pada 10-12 Mac akan diteruskan, namun segala kemaskini akan diumumkan secepat yang mungkin.


Sumber: Crash

Berita Berkenaan

Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…
Berita Domestik
Seramai 720 orang pemilik Ducati dari enam negara Asia Pasifik termasuk China, Vietnam, Brunei,…