COVID-19: Lando Zawawi - Jalanraya semakin terbiar ketika PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Kejadian banjir kilat dan hujan lebat di kebanyakan tempat dalam negara minggu lepas menjadikan keadaan jalanraya semakin teruk dan terbiar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Careta dihubungi oleh Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi yang berkata sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlanjutan, keadaaan jalanraya awam bakal rosak teruk.

Menurutnya lagi, kebanyakan unit pemantauan dan selia-senggara ditutup. Ini ditambah pula dengan ketiadaan bekalan mentah untuk membaiki jalanraya kerana kuari masih banyak yang ditutup.


 

 

"Penyelenggaraan longkang dan perparitan juga sifar dan banjir kilat berlaku di sana sini," ujarnya dalam teks beliau kepada Careta. 

"Kabel-kabel yang terjatuh di atas jalanraya juga sudah menyebabkan kemalangan," tambah beliau.

Lando berkata keadaan ini merunsingkan kerana ia sangat merbahaya untuk semua, terutama untuk pengguna jalanraya bermotosikal.

Untuk mereka yang terpaksa keluar kerana bertugas, terutamanya rider-rider penghantar makanan, diharapkan lebih berhati-hati kerana keadaaan jalanraya memang ada yang dalam keadaan sangat teruk.

* Gambar-gambar dari Lando Zawawi

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…