COVID-19 - Land Rover UK kerah Defender untuk misi Palang Merah

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover Defender dan Persatuan Palang Merah bukanlah nama gandingan yang sangat asing, malah lebih daripada 60 tahun khidmat Land Rover Defender telah digunakan untuk tujuan misi kemanusiaan, terutama di Timur Tengah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Demi memastikan kemaslahatan umat sejagat terpelihara daripada wabak coronavirus yang melanda satu dunia, Land Rover telah meminjamkan barisan flit Defender serba baharu untuk kegunaan Persatuan Palang Merah.

Difahamkan, kesemua unit Defender tersebut sepatutnya digunakan untuk sesi pandu uji media di benua Eropah sebelum dibatalkan akibat penularan wabak virus COVID-19.

Walaupun satu dunia kini tidak dapat menyaksikan aksi lasak Land Rover Defender di dalam filem Bond No Time To Die, aksi sebenar Land Rover Defender boleh dilihat menerusi misi kemanusiaan Palang Merah di negara UK.

 


Sumber: Twitter Land Rover

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…