COVID-19 - Lamborghini tutup sementara operasi kilang sehingga 25 Mac

oleh Mohamad Hanif|
Setakat ini, Itali merupakan antara negara yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dan ia sekaligus memberikan kesan yang negatif kepada operasi terutama di kalangan syarikat automotif negara tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu siaran media, Lamborghini telah membuat keputusan untuk menutup sementara operasi pemasangan di kilang Sant'Agata Bolognese bermula hari ini sehingga 25 Mac ini. 

Menurut CEO dan Pengerusi Automobili Lamborghini, keputusan tersebut dibuat sebagai  langkah tanggungjawab sosial dan prihatin terhadap pekerja-pekerja ditengah-tengah penularan wabak coronavirus yang semakin membimbangkan. 

Mengikut laporan penjualan kenderaan pada tahun lalu, Lamborghini berjaya menjual sebanyak 8,205 buah Urus yang merangkumi penguasaan 43 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…