COVID-19: Lamborghini mula hasilkan topeng dan penghadang untuk wabak Coronavirus

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat supercar terkenal, Automobili Lamborghini sudah mula menghasilkan topeng pembedahan (surgical mask) dan penghadang untuk didermakan kepada hospital Sant’Orsola-Malpighi di Bologna, Itali dalam membantu kakitangan perubatan yang sedang memerangi pandamik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lamborghini telah menukarkan fungsi-fungsi di beberapa bahagian kilang mereka di San' Agata untuk tujuan tersebut.

Bahagian pembuatan dalaman Lamborghini kini menjahit dan menghasilkan 1,000 keping topeng sehari sementara sebanyak 200 keping penghadang plastik dihasilkan sehari oleh bahagian penghasilan gentian dan unit R&D menggunakan pencetak 3D.

 

 

Ujian kelulusan kualiti pula dibantu oleh Unit Perubatan dan Sains Pembedahan Universiti Bologna di mana peralatan itu akan diuji sebelum dihantar ke hospital-hospital.

Sebagai tanda bersatu dan menyokong usaha negara itu, bangunan utama Lamborghini yang bersejarah itu akan dihiasi lampu pada setiap malam dengan warna bendera Itali.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Huracán STO   Akronim model Lamborghini suatu yang menarik dan STJ singkatan …
Berita Global
Menurut Lamborghini, identiti logo baharu itu akan digunakan pada semua keretanya mulai sekarang…
Berita Global
  Walaupun berusia, 350 GT kekal anggun yang merupakan hasil rekaan dan dikeluarkan oleh …