COVID-19: Kualiti air sungai di Lembah Klang terus meningkat akibat PKP

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya Perintah Kawalan Pergerakan ini membantu sungai-sungai di kawasan Lembah Klang untuk kembali bersih.

Menurut laporan FMT, penutupan premis perniagaan seperti bengkel, restoran dan pusat komersil menyaksikan pengurangan air kotor masuk ke sungai-sungai.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ia juga mendapati air di Sungai Klang dan Sungai Gombak semakin bersih dan tebing-tebingnya juga kurang dari dicemari sampahh-sarap.

Alam semulajadi juga seperti membantu membersihkan sungai-sungai ini kerana diberikan waktu untuk "berehat".

Kualiti udara di semua bandar-bandar di Malaysia juga mengalami peningkatan kerana kurangnya kenderaan yang ada di atas jalanraya.

Harapnya pihak kerajaan dan menteri-menteri nampak apa akan berlaku jika kenderaan elektrik digunakan secara meluas di kawasan bandar kerana ternyata ia bagus untuk alam sekitar.


* Laporan asal dan gambar utama dari FMT.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…