COVID-19: Kuala Terengganu lock-down!

oleh HEZERI SAMSURI|
Polis Terengganu telah mengambil keputusan semalam untuk menutup semua laluan utama masuk ke pusat bandar Kuala Terengganu bermula semalam sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chil berkata orang ramai tidak dibenarkan sama sekali masuk ke kawasan pusat bandar tanpa tujuan, kecuali atas dasar urusan penting.

Sekatan jalanraya akan menahan semua kenderaan yang hendak masuk ke pusat bandar tersebut dan mereka yang mempunyai alasan yang munasabah sahaja akan dilepaskan.

Bagi individu yang mahu ke tempat kerja, mereka perlu menunjukan bukti daripada jabatan atau syarikat akan tempat di mana mereka bertugas sebelum dibenarkan masuk.

"Individu yang bekerja, sakit, hendak membeli ubat, makanan dan lain-lain urusan penting sahaja dibenarkan," terang Roslee.

Tujuan sekatan adalah untuk mengurangkan pergerakan orang ramai tanpa hala tujuan.

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengurus program, Mohd. Amri Sulaiman, berkata, selain peserta dari dalam negara, peminat kereta…
Berita Domestik
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Amzad Hashim berkata, perkenalan e-Beca…
Berita Domestik
  Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak…