COVID-19: Kilang Bentley ditutup 4 minggu

oleh HEZERI SAMSURI|
Bentley Motors akan menghentikan operasi di kilang mereka di Crewe, UK untuk empat minggu bermula dari semalam.

Menurut siaran media yang dihantar, keputusan untuk menutup kilang Bentley itu untuk sementara waktu ialah atas dasar menjaga kesihatan para pekerjanya dan juga kecepatan wabak COVID-19 itu merebak dan keperluan untuk mengurangkan pergerakan yang menyebabkan gangguan ke atas bekalan komponen mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kelembapan pasaran di beberapa rantau utama juga menjadi salah satu punca utama.

Fungsi-fungsi pentadbiran utama akan terus beroperasi dari pejabat Bentley. Namun begitu, polisi jarak sosial atau bekerja dari rumah akan digunakan.

Menurut CEO dan Pengerusi Bentley Motor, Adrian Hallmark, langkah-langkah tambahan yang diambil ialah menukar operasi kantin dan kedai di dalam bangunan Bentley dan juga mengambil langkah-langkah keselamatan dan menutup jimnasium syarikat.

Kesemua mesyuarat akan menggunakan Skype atau video atas talian dan kesemua acara-acara ditunda atau dibatalkan.

Lawatan perniagaan ke negara-negara luar ataupun dalam negeri turut dibatalkan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Bersempena dengan ulang tahun kelima pembukaan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Madu, Bentley…
Berita Domestik
Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12…