COVID-19: Kia cadang henti operasi untuk sementara bagi pasaran Eropah dan US

oleh SALINA JALIL|
Kia sedang pertimbangkan untuk menghentikan operasi di tiga kilang di Korea kerana wabak coronavirus yang melibatkan eksport ke Eropah dan Amerika Syarikat.


Walaubagaimana pun pihak kesatuan pekerja masih belum memutuskan sama ada akan menerima cadangan itu kerana rundingan mengenai gaji masih berlangsung.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mengikut perancangan asal, operasi perkilangan akan dihentikan dari 23-29 April.


Kia dalan satu kenyataan berkata,"Kia Motors pada saat ini sedang meninjau penangguhan beberapa kilang di Korea sebagai tindak balas terhadap permintaan global yang menurun disebabkan COVID-19. Namun, keputusan belum dibuat pada masa ini."


Hyundai juga menghentikan barisan yang menghasilkan SUV Tucson di bandar Ulsan, Korea dari 13-17 April.

 

Hyundai dan Kia telah menghentikan operasi di kebanyakan kilang mereka di luar Korea Selatan dan China kerana penyebaran Covid-19 yang menular dengan cepat ke luar Asia. 


Kia juga telah memulakan semula pengeluaran separa di kilangnya di Slovakia yang membina keluarga kereta kompak Ceed dan Sportage SUV untuk pasaran Eropah.


Arahan sekatan pergerakan dari kerajaan untuk melambatkan penyebaran virus tersebut  mempengaruhi perbelanjaan dan permintaan pengguna di seluruh dunia.

 

Eksport Korea Selatan untuk 10 hari pertama di bulan April jatuh 19 peratus dari tempoh yang sama tahun sebelumnya.

 

Penghantaran kenderaan dan komponen kenderaan dalam tempoh tersebut juga mengalami kemerosotan dari 7.1 peratus dan 32 peratus.

 

 

 

sumber: Europeautonews

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di sebalik itu, apakah kayu ukur kejayaan sesebuah pengeluar dalam menawarkan EV kepada…
Informasi
  Di antaranya akibat dari konsolidasi industri pada tahun 80-an, Kia terpaksa menghentikan…
Model Terbaharu
Kia Sportage 2022 tidak kurang hebatnya apabila generasi baharu yang mula diperlihatkan ini tampil…