Memetik laporan media tempatan, kenderaan itu dalam perjalanan untuk menghantar sampel ke makmal di Yangon, diserang kumpulan bersenjata berhampiran jambatan Yarmaung di bandar Rakhine di Minbya petang semalam.
Pemandu kenderaan tersebut telah meninggal dunia sejurus tiba di hospital manakala seorang petugas kesihatan turut cedera dalam kejadian berkenaan dan dikejarkan ke hospital.
Masih tidak dapat dipastikan apakah tujuan serangan tersebut.
Bernama/Sinar Harian
Bagaimanapun, pemandu disahkan meninggal dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Myanmar menerusi status yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook hari ini.