COVID-19: Kenanga anggarkan sektor automotif kekal saranan "neutral"

oleh SALINA JALIL|
Kenanga Research (Kenanga) menganggarkan jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) bagi sektor automotif turun kepada 560,000 unit berbanding 612,000 unit sebelum in.


Dalam nota penyelidikannya, Kenanga berkata ia berikutan perbelanjaan pengguna yang berhati-hati pada separuh pertama tahun ini.


Kenanga turut mengekalkan saranan ‘neutral’ ke atas sektor automotif pada 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kuantum penurunan TIV mungkin tidak seburuk krisis ekonomi Asia pada 1997-1998, namun ia lebih rendah daripada krisis sub-prima pada 2007-2008 berdasarkan kedudukan ekonomi semasa Malaysia.

 

“Memandangkan semua syarikat di bawah liputan kami telah mengalami penurunan mendadak harga saham, kami yakin penyusutan itu adalah terhad; oleh itu, kami akan mengekalkan saranan ini, namun akan menyemak semula harga sasaran untuk mencerminkan kemungkinan nisbah nilai terendah untuk kebanyakan stok.

 

“Kami menjangka tempoh separuh kedua akan menjadi lebih baik bagi memulihkan sentimen pengguna dan pelancaran model baharu,” katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara yang bersambung dua minggu lagi bagi membendung penularan pandemik COVID-19, telah memberi impak kepada ekonomi dalam jangka pendek, namun ia agak terhad susulan pengecualian perkhidmatan penting kerajaan dan perniagaan untuk beroperasi seperti biasa.

 

“Ini menyebabkan bilik pameran, pengeluaran dan penghantaran kenderaan akan ditutup, dihentikan dan ditangguhkan untuk sementara.

 

“Mengenai masa depan, impak penuh adalah bergantung kepada hasil langkah-langkah pembendungan yang diambil dan sama ada PKP akan dilanjutkan,” katanya.

 

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…