COVID-19 - Kemudahan tambah nilai di Pusat Khidmat Pelanggan, lorong tambah nilai ditutup sehingga 31 Mac 2020

oleh Mohamad Hanif|
PLUS akan menutup kesemua operasi kemudahan tambah nilai terutama di Pusat Khidmat Pelanggan serta lorong tambah nilai di plaza tertutup dan sistem terbuka di lebuhraya kendaliannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini diambil bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19 selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan beberapa hari yang lalu. 

Untuk mengelakkan sebarang masalah, PLUS menasihatkan para pengguna lebuhraya agar melakukan perancangan terlebih dahulu dengan menambah nilai kad Touch 'n Go di mana-mana pusat tambah nilai di seluruh negara. 

Ini termasuklah di Kiosk Layan Diri di 67 buah lokasi kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih, mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka dan lain-lain di luar kawasan lebuhraya. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan lokasi kemudahan tambah nilai, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi Touch ‘n Go Careline melalui emel di [email protected] atau layari www.touchngo.com.my. Selain itu, pelanggan Touch ‘n Go juga boleh menghubungi talian Touch ‘n Go Careline di 03-5022 3888 bermula jam 7:00 pagi hingga 10:00 malam setiap hari. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…