COVID-19: KEM 2 Briged bangunkan "Virus Buster Nyah Kuman" untuk anggota ATM

oleh Penyumbang Rencana 2|
Markas 2 Briged, Ipoh menghasilkan mesin nyah kuman bagi menjaga keselamatan dan kesihatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas sepanjang ops penawar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Malek Razak Sulaiman berkata, bersesuaian dengan tagline Ops Penawar ATM, kekal sihat dan lindungi diri, mesin itu dicipta bagi memastikan tahap kebersihan anggota ATM yang terlibat dalam Ops Penawar terjaga serta terhindar daripada wabak Covid-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Mengambil inisiatif itu pihak kami iaitu di bawah 2 Bridged dengan inisiatif daripada 2 workshop kita telah membangunkan mesin gerbang untuk pembersihan badan setiap pegawai dan anggota yang terlibat sepanjang Ops Penawar.

 

“Kita menggunakan bahan-bahan local yang ada, dengan nasihat pegawai perubatan ATM, kita campurkan cecair berkaitan serta dettol mengikut nisbah yang betul yang tidak mengancam kesihatan,” katanya.

 

 

Jelas Malek Razak, mesin nyah kuman atau Virus Buster yang pertama kali diperkenalkan di Perak itu dicipta menggunakan material murah dan mudah diperoleh iaitu rangka besi, kayu, plat zink, plastik, tong air dan pump AV32 untuk semburan.

 

Katanya, Virus Buster yang berfungsi sebagai terowong nyah kuman itu bernilai RM4,000 dan dihasilkan oleh tujuh anggota dalam masa dua hari.

 

Jelas beliau, kesemua pegawai dan anggota perlu melalui Virus Buster setiap seorang pada satu-satu masa selama 10 hingga 15 saat setiap kali sebelum dan selepas melaksanakan tugas operasi bagi semburan menyeluruh ke seluruh badan.

 

 

Malek Razak berkata, mesin tersebut akan diletakkan di markas-markas lain melihat kepada keperluan sekiranya PKP disambung.

 

Katanya, seramai 31 pegawai dan 780 anggota lain-lain pangkat terlibat sepanjang Ops Penawar dan dibantu Markas Armada Barat serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meliputi 12 daerah di negeri Perak.

 

Malek Razak berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi penggunaan mesin berkenaan di Ipoh hari ini.

 

kem

 

Artikel oleh: Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz Umar

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…