COVID-19: Kelab BMW Motorrad Malaysia bantu klinik-klinik kerajaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Kelab rasmi untuk pemilik motosikal BMW di Malaysia, BMW Motorrad Club Malaysia atau BMW MCM telah turun untuk memberi bantuan kepada beberapa klinik di daerah Lembah Kelang.

Menurut BMW MCM, pihak kelab menyewakan unit-unit pendingin hawa mobil untuk kegunaan klinik-klinik selama 10 hari. Klinik yang terbabit ialah:

  • Klinik Kesihatan Gombak Setia
  • Klinik Kesihatan Batu 8 Gombak
  • Klinik Kesihatan Hulu Klang
  • Klinik Kesihatan Kuang
  • Klinik Kesihatan Desa Pandan

BMW MCM berharap agar bantuan itu mampu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh petugas-petugas di klinik-klinik tersebut.

Selain dari itu, Ustad Ebit Liew turut serta dalam misi bantuan BMW MCM tersebut dengan mendermakan topeng muka, apron dan pelbagai lagi kepada klinik-klinik itu.

 

 

Selain dari itu, kehadiran Ustad Ebit memberikan semangat kepada petugas-petugas yang berada di setiap klinik itu. Lonjakan moral juga penting kerana kebanyakan petugas penat setelah bekerja 24 jam menyabung nyawa.

Kelab BMW MCM ingin mengucapkan terima kasih kepada Ustad Ebit, Dr Nofie Dahlan, Ketua Unit KPAS PKD Gombak dan juga presidennya Eijarm Al-Fayed kerana memberikan sokongan terhadap petugas-petugas kelab.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Niat mereka ialah untuk mengumpulkan pelumba-pelumba wanita dalam sukan bermotor dari pelbagai…
Gaya Hidup
Penganjuran oleh Northernspeedo ini mendapat kerjasama penuh dari Kementerian Belia & Sukan (…
Uncategorized
Program amal ini berojektif merapatkan hubungan ahli-ahli kelab kereta dengan angota keselamatan…