COVID-19: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Jepun dan China tunda

oleh SALINA JALIL|
Pusingan perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Jepun dan China ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.


Litar Suzuka, Jepun sepatutnya dijadual menjadi tuan rumah untuk Pusingan 3 pada 27 hingga 28 Jun ini manakala Litar Antarabangsa Zhuhai, China (Pusingan 4) berlangsung pada 25 dan 26 Julai.


Begitupun kedua-dua pusingan ini terpaksa ditunda oleh pihak promoter, Two Wheels Motor Racing (TWMR) susulan penularan wabak merbahaya, COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"TWMR bekerja rapat dengan Litar Suzuka, Litar Antarabangsa Zhuhai dan FIM Asia untuk mencari tarikh sesuai.

 

"Tarikh baharu dan juga kalendar 2020 yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat ini. TWMR dan FIM Asia berharap, semua pihak untuk terus kekal berada dalam keadaan selamat dan sihat.

 

"Kami akan terus berusaha tanpa penat bersama wakil litar dan juga pihak lain bagi memastikan kelangsungan musim 2020," kata pihak promoter itu dalam satu kenyataan.

 

Kalendar musim 2020 sepatutnya berlangsung sebanyak tujuh pusingan dengan Litar Antarabangsa Sepang sempat menjadi tuan rumah Pusingan 1 pada 6 hingga 8 Mac lalu sebelum penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia diperketatkan.

 

Pada pusingan pembuka tirai di Sepang, ada antara pasukan yang sudah mengambil langkah pencegahan dengan mengambil keputusan tidak mengambil bahagian di litar kebangsaan negara itu.

 

Antara pasukan itu adalah Honda Asia Dream Racing with Showa yang disertai wakil tempatan, Zaqhwan Zaidi dalam kelas perdana, ASB1000cc.

 

Selain Honda Asia Dream Racing with Showa turut difahamkan terdapat empat lagi pasukan membuat keputusan sama iaitu Astra Honda Racing Team, AP Honda Racing Thailand, Honda Racing Vietnam dan Idemitsu Honda Racing India yang kebanyakannya menyertai kelas Asia Production 250cc.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kedua yang dijadual…
Sukan Bermotor
  Dalam Perlumbaan 1 pusingan pembuka tirai bagi musim 2020 itu, pelumba Boon Siew HONDA Racing…