COVID-19: Kawasaki bakal hentikan perniagaan motosikal tahun depan?

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan satu berita yang bakal mengejutkan para peminat dan die-hard-fan Kawasaki di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana dalam satu kenyataan rasmi yang diumumkan Isnin lalu, Kawasaki dilaporkan akan melepaskan operasi perniagaan motosikal dan enjin sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat berkenaan.

Menurut Kawasaki, syarikat motosikal tersebut berharap langkah ini akan dapat meningkatkan lagi situasi kewangan sedia ada.

Jualan motosikal di Asia Tenggara dikatakan jatuh merudum akibat pandemik coronavirus, dan Kawasaki menjangkakan kerugian kos operasi sebanyak 5 billion yen untuk tahun perniagaan terkini.

Ia tidak bermakna Kawasaki akan terus menghentikan operasi perniagaan motosikal yang menjadi sebahagian daripada jenama Kawasaki itu sendiri.

Akan tetapi, perniagaan motosikal dan enjin akan diserahkan kepada sebuah syarikat baharu yang didedikasikan khusus untuk produksi motosikal, enjin, dan jentera off-road empat roda menjelang Oktober 2021.

Adakah syarikat yang dimaksudkan itu Modenas?

Sumber: NHK

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Berita Domestik
Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang…