COVID-19: Jumlah hutang VW melebihi hutang negara Afrika Selatan!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kajian yang dibuat terhadap 900 buah syarikat utama di dunia mendapati Volkswagen kini merupakan syarikat automotif dengan jumlah hutang tertinggi di dunia, iaitu $192 billion (RM818 billion).

Sebagai perbandingan, jumlah hutang yang terpaksa ditanggung oleh VW sebenarnya jauh melebihi hutang-hutang negara seperti Afrika Selatan ($180.1 billion) dan juga Hungary ($101.9 billion). 

Selain daripada Volkswagen, pengeluar lain seperti Daimler merupakan syarikat global ditangga ketiga dengan jumlah hutang $151 billion, diikuti Toyota ($138 billion), Ford ($122 billion) dan BMW ($114 billion). 

Daripada 10 syarikat teratas yang disenaraikan, lima daripadanya merupakan syarikat automotif. 

Sementara itu, kajian tersebut turut menyenaraikan syarikat utama yang memiliki simpanan tunai tertinggi, dimulakan dengan Alphabet ($104 billion), Samsung ($78 billion), Microsoft ($47 billion), Facebook ($44 billion), Song ($14 billion) dan Alibaba Group ($13 billion). 

Sumber: Reuters

Add new comment