COVID-19: JPJ Wangsa Maju ditutup sehingga 25 Januari

oleh SALINA JALIL|
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di Wangsa Maju di sini, akan ditutup selama lima hari bagi proses sanitasi dan kerja pembersihan.


JPJ WPKL menerusi notis awam memaklumkan, premis itu ditutup bermula hari ini sehingga 25 Januari ini.

 

"Bagaimanapun, orang ramai masih boleh berurusan dengan pihak JPJ di tiga pejabat cawangan JPJ WPKL," katanya.

 

Orang ramai boleh berurusan di JPJ cawangan Bandar Sri Permaisuri dan JPJ cawangan Bandar Menjalara.

 

Selain itu, urusan juga boleh dibuat di pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuala Lumpur, Mini UTC Sentul dan Mini UTC Keramat.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk…
Berita Domestik
  Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Turus Zon Tengah B, ASP Amir Che Ya turut dibantu…
Berita Domestik
  "Bertindak atas maklumat itu, seramai 15 anggota terlibat dalam operasi yang dilaksanakan pada…